Powered by Blogger.

Video: Angkara Peragut, Bayi 2 Bulan Tersembam Atas Jalan

MASYALLAH… penjenayah zaman kini makin lama, makin kejam. Entah di mana hilang nilai kemanusiaannya, empat lelaki sanggup membahayakan nyawa seorang bayi berusia dua bulan dan mencederakan seorang nenek gara-gara mahu meragut seutas rantai di hadapan rumah mereka di Taman Kencana, Ampang, pagi Isnin.

Kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mengakibatkan wajah bayi berkenaan calar-balar manakala neneknya mengalami kecederaan pada kepala dan belakang badan.
Screen Shot 2016-01-12 at 3.40.10 PM
Screen Shot 2016-01-12 at 3.40.26 PM
Screen Shot 2016-01-12 at 3.40.49 PM
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada kilang yang terletak di hadapan sebuah rumah.
Rakaman yang tersebar luas di laman sosial Facebook ini mencetuskan amarah dan ramai mengecam perbuatan peragut tersebut.
Menerusi video berdurasi 1.03 saat, ibu kepada bayi malang dikenali sebagai Sofea Shah sedang duduk atas motosikal sementara si nenek menyerahkan bayinya.
Tiba-tiba mereka didatangi empat lelaki yang bertindak meragut rantai nenek tersebut dengan ganas, membuatkan kesemua mereka termasuk bayi terjatuh. 
0 Komentar untuk "Video: Angkara Peragut, Bayi 2 Bulan Tersembam Atas Jalan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info