Powered by Blogger.

GEMPAR!! Siti Nurhaliza Kongsi Khabar Duka, Alami Keguguran

PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menjawab isu berkenaan spekulasi kehamilannya dengan khabar sedih bahawa kandungannya yang berusia dua bulan telah pun mengalami keguguran.
Berita itu dikongsikan Siti menerusi akaun Instagram miliknya pukul 10 pagi tadi.
“Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.
“Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran,” katanya.
Siti Nurhaliza yang tentunya berasa sedih, bagaimanapun tetap reda menerima takdir yang telah tertulis untuknya dan berharap supaya peminat mendoakan agar beliau diberikan rezeki untuk bergelar ibu satu hari nanti.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Siti Nurhaliza Kongsi Khabar Duka, Alami Keguguran"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info