Powered by Blogger.

Video: Anak Peniaga Cerita Kisah Sebenar Mengapa Dia Mengamuk

BEBERAPA hari lalu, insiden yang melibatkan seorang lelaki mengamuk apabila perniagaan yang diusahakan bersama ayahnya diganggu oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah menjadi viral di media sosial.
Lelaki terbabit dikatakan bersikap demikian akibat tidak mampu mengawal emosi apabila melihat tengkuk ayahnya dipaut oleh penguatkuasa sehingga menyebabkan ayahnya itu pengsan.
Kejadian bermula apabila sekumpulan penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga milik ayahnya serta pisang yang hendak dijual.
Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),” tulisnya dalam status yang dimuatnaik di Facebook, semalam.
Katanya lagi, dia dan keluarganya berasa sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan tindakan anggota penguatkuasa MPSP itu sebagai zalim dan jahil.
Menurutnya, tauke hotel yang juga pemilik tapak tempat ayahnya berniaga dikatakan telah membenarkan mereka menjalankan perniagaan pisang di situ.
Katanya, ayahnya menjual pisang untuk mencari duit kocek bagi menampung perbelanjaannya menunaikan umrah.
Memang saya sekeluarga sedih sangat la, emak ngan ayah saya berhajat nak pi buat umrah… 5.12 tarikh mak ngn ayah berangkat pi umah.. harap-harap dapat la kumpul duit sikit untuk belanjer kat sana,” tulisnya.
Dia turut mempertikaikan mengapa anggota penguatkuasa MPSP terbabit tidak mengenakan tindakan sama terhadap beberapa peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan meletak kenderaan.
Tambahnya lagi, ayahnya ada mendaftar sebagai penjaja dengan pihak berkuasa tempatan namun, sehingga hari ini tidak mendapat sebarang jawapan.
0 Komentar untuk "Video: Anak Peniaga Cerita Kisah Sebenar Mengapa Dia Mengamuk"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info