Beliau berkata, undang-undang di Malaysia tidak melarang parti politik untuk menerima sumbangan.
Katanya, sumbangan dana daripada penderma kepada mana-mana parti politik atau ahli politik adalah sesuatu yang rutin.
"Ia boleh dimasukkan ke akaun parti atau akaun peribadi asalkan akaun peribadi itu atas amanah parti. Maka ia tidak melarang mana-mana individu menerima selagi ia adalah atas amanah parti.
"Biarlah kita lihat apa yang akan berlaku kepada Pasukan Petugas Khas, biarpun kenyataan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyatakan ia masih terdapat beberapa aspek namun ia adalah jelas bahawa dana yang masuk ke akaun Perdana Menteri adalah sumbangan politik," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran NBL Asia Sdn Bhd di sini, hari ini.
SPRM semalam menafikan dana RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Najibadalah dari dana 1Malaysia Development Berhad.
Sebaliknya, siasatan SPRM mendapati ia disumbang penderma politik.
0 Komentar untuk "Dana RM2.6 bilion ke akaun PM bukan jenayah - Khairy"