Powered by Blogger.

MH370: Serpihan ditemui tangga, bukan pintu pesawat - Azharuddin

MH370: Serpihan ditemui tangga, bukan pintu pesawat  - Azharuddin
Secebis logam yang ditemui di pantai Saint-Dennis yang terletak di Pulau Reunion tersebut tidak ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac, tahun lalu. - Gambar AFP
KUALA LUMPUR: Beberapa penemuan sisa cebisan di kawasan pantai Pulau Reunion, di timur Lautan Hindi sejak seminggu lalu memberi perspektif baru dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Pihak berkuasa pada Ahad berkata, cebisan terbaru yang ditemui di kawasan perairan Pulau Reunion tersebut tidak ada kaitan dengan pesawat MH370.

Menurut laporan AFP, pihak Malaysia telah meminta pihak berkuasa di kawasan itu untuk sentiasa mencari serpihan pesawat selepas penemuan sisa cebisan 'flaperon' pada Rabu, minggu lalu.

Selepas penemuan tersebut, penduduk tempatan di pulau yang mencatat jumlah lebih 800,000 penduduk, mula keluar dalam usaha mencari sisa serpihan pesawat. 

Pulau Flaperon
Beberapa orang penduduk di Pulau Reunion mula keluar untuk mencari sisa cebisan pesawat sejak penemuan pertama pada Rabu lepas. - Gambar AFP
 
Buat masa ini, penemuan beberapa serpihan termasuk satu cebisan yang menyerupai cebisan pintu pesawat memberi harapan baru dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.

Namun demikian, pihak yang terlibat dengan penyiasat telah menafikan perkara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, yang kini berada di Perancis untuk menganalisis 'flaperon' yang ditemui sebelum ini dalam satu temuramah dengan AFP, berkata serpihan terbaru itu adalah daripada sebuah ‘tangga domestik’ dan bukannya pintu pesawat.

Flaperon
Pihak berkuasa di Pulau Reunion mengambil gambar cebisan 'flaperon', penemuan pertama yang ditemui di kawasan perairan pulau tersebut, Rabu lepas. - Gambar AFP

Satu sumber yang rapat dengan pasukan penyiasat di Paris pula berkata "tidak ada objek atau serpihan yang mungkin datang dari pesawat" telah disenaraikan sebagai bukti.

BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini

Polis tempatan juga telah menemui sekeping logam yang remuk dan tertulis dengan dua perkataan Cina, yang bersambung pada pemegang yang diperbuat daripada kulit.

Serpihan, berukuran kira-kira 100-sentimeter persegi itu, telah diletakkan di dalam satu peti besi.

Pengguna internet dari negara China berkata ia mungkin merupakan sebuah cerek.

Jurucakap bandar Saint-Andre di mana serpihan sayap itu ditemui, Jean-Yves Sambimanan berkata orang ramai mungkin akan berfikiran apa-apa bahan logam yang dijumpai di kawasan pantai Pulau Reunion adalah dari pesawat MH370, sedangkan ia mungkin objek lain di pantai yang dilemparkan oleh lautan.

Pulau Reunion
Van yang membawa cebisan 'flaperon' yang ditemui di Pulau Reunion pada Rabu lepas dibawa ke sebuah makmal di Toulouse, Perancis. - Gambar AFP 
 
Beliau berkata penduduk tempatan juga terkejut kerana tiada pencarian rasmi yang dilancarkan di kawasan itu selepas penemuan 'flaperon' tersebut.

Pada Ahad, beberapa hari selepas penemuan sebuah 'flaperon', satu penemuan lain berlaku. Kali ini, pintu sebuah pesawat pula dilaporkan ditemui terdampar di kawasan itu.

Objek itu bagaimanapun dijumpai di lokasi yang berbeza daripada penemuan 'flaperon' itu, lapor Sky News.

BACA: Pihak berkuasa ragu sama ada serpihan baru ada kaitan dengan MH370

B
ACA: Pintu pesawat ditemui terdampar di pantai Pulau Reunion


Pelbagai spekulasi timbul yang mendakwa objek itu termasuk kemungkinan milik pesawat MH370 yang hilang tanpa jejak pada 8 Mac tahun lalu. PesawatBoeing 777 tersebut membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

0 Komentar untuk "MH370: Serpihan ditemui tangga, bukan pintu pesawat - Azharuddin"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info