Powered by Blogger.

Video: Lucu! Pergaduhan Pekerja Kilang Samsung Ala Labu Labi

VIDEO pergaduhan yang memaparkan aksi kejar mengejar antara dua pekerja kilang elektronik Samsung di Senawang kini menjadi bahan jenaka pengguna media sosial.

Tidak diketahui apakah punca sebenar pergaduhan, namun aksi yang dipaparkan kedua-dua individu terbabit yang berkejaran sambil ‘menyalak’ menyalahkan sesama mereka tidak ubah seperti adegan pengaduhan dalam filem klasik Labu Labi.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Twitter MyWatch, kedua-dua mereka cuba mengejar antara satu sama lain dengan salah seorang daripadanya dilihat menggunakan objek tumpul seakan batu.
Bangsat! haa? Kau ke sini la, kau cari pasal dengan aku kan? Kau apa hal?” ujar salah seorang mereka.
Netizen di laman mikro Twitter rata-rata menyifatkan pergaduhan mereka seakan tidak serius namun apa yang berlaku sebenarnya adalah adegan yang agak berbahaya.
haha comel je gaduh,” tulis @itsBOBBIH, dan  “hehehe comel,” kata @akimveee.
Video pergaduhan tersebut dikatakan telah dilaporkan kepada pihak PDRM Malaysia namun info sebenar mengenai punca pergaduhan masih tidak diketahui. 
0 Komentar untuk "Video: Lucu! Pergaduhan Pekerja Kilang Samsung Ala Labu Labi"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info