Powered by Blogger.

Wanita Bertuah!! Kembara Ke Luar Negara Tanpa Keluarkan Wang….

Monica Lyn, 25, yang berasal dari Alabama mempunyai cara tersendiri untuk mengembara ke seluruh dunia tanpa mengeluarkan perbelanjaan walau sesen pun.
Caranya adalah dengan menyertai laman web Miss Travel di mana lelaki yang dikenali dalam web itu akan membayar perbelanjaannya itu.
Lelaki yang dikenalinya juga bukan calang-calang orang dengan lelaki pertama yang dihubunginya adalah seorang pengarah urusan berusia 31 tahun.
monica
Bagaimanapun Monica menegaskan tiada jangkaan bahawa dia akan meniduri lelaki yang dikenali itu.
“Ia bergantung kepada individu itu dan bagaimana kelakuan anda, ia sama seperti laman web dating yang lain, cuma banyak mengembara,’’ katanya.
Pengembaraan Monica bermula pada awal Januari tahun lepas dan bekas penasihat kewangan itu telah mengembara ke banyak negara termasuk Barbados, Indonesia, Dubai dan Filipina.
Sebelum ini, kata Monica, dia tidak pernah keluar dari Amerika Syarikat namun kini pasportnya sudah hampir penuh.
Selepas mengenali beberapa lelaki, Monica akhirnya menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dalam talian yang berjaya, berasal dari Itali dan kacak.
Sejak bertemu awal tahun ini, pasangan itu telah mengembara bersama ke tujuh destinasi.
Mereka kini telah menyatakan komitmen terhadap satu sama lain dan berjanji tidak akan menggunakan laman web Miss Travel lagi.
0 Komentar untuk "Wanita Bertuah!! Kembara Ke Luar Negara Tanpa Keluarkan Wang…."

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info