DI SEBALIK kontroversi yang sering dicetuskan blogger seks Alvin Tan, ada juga gadis Melayu yang sanggup bergelar isterinya jika lelaki itu ambil keputusan untuk memeluk Islam di kemudian hari.
Alvin, cukup dikenali dengan provokasi melampaunya terhadap agama Islam termasuk pernah menghina amalan berpuasa, kalimah Allah, laungan azan dan aurat muslimah.
Dia kini berada di Amerika Syarikat mendapatkan perlindungan suaka selepas melanggar undang-undang Malaysia.
Terbaharu, Alvin berkongsi status di laman sosial dirinya dilamar seorang gadis Melayu dikenali sebagai Zay El Farasha.
Gadis itu difahamkan berniat untuk jadi isterinya jika Alvin bergelar Muslim satu hari nanti.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Sanggup Jadi Isteri Jika Alvin Tan Masuk Islam"