Powered by Blogger.

15 tertimbus, 2 maut setakat ini

Alor Gajah: Lima belas pekerja binaan tertimbus dengan dua daripadanya dipercayai maut, manakala tiga lagi cedera setakat ini dalam kejadian bangunan pasar raya dalam pembinaan runtuh, di Pulau Sebang, di sini, petang tadi.
Jurucakap bomba berkata, panggilan kecemasan diterima pada 2.14 petang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah ke tempat kejadian.
"Maklumat awal yang pihak kami terima, seramai 15 pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan .
"Operasi menyelamat mangsa kini sedang giat dijalankan," katanya.
Katanya, setakat ini dua maut dan tiga cedera dalam kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 5:06 PM
Suasana di tempat kejadian. FOTO Nur Saliawati Salberi
0 Komentar untuk "15 tertimbus, 2 maut setakat ini"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info