Powered by Blogger.

Panik lesen L

Kuala Terengganu: Seorang anggota polis sukarelawan cedera di bibir dan muka selepas dirempuh sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang seorang remaja lelaki dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Hiliran, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Konstabel/SP Muhamad Nor Faiz, 24, yang rebah selepas dirempuh terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama 13 anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) sedang melakukan sekatan jalan raya di lokasi terbabit.
“Ketika melakukan operasi terbabit, sebuah motosikal Honda EX5 dipandu seorang lelaki berpatah balik dan melawan arus sebaik melihat kehadiran polis di lokasi kejadian.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
ANGGOTA polis sukarelawan terbaring selepas cedera dirempuh penunggang motosikal.
0 Komentar untuk "Panik lesen L"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info