Powered by Blogger.

Lelaki maut ditetak hendak ke kedai

GOBINATHAN ditemui mati dengan tujuh kesan tetakan pada kepala dan kedua-dua belah tangan di sebuah lorong di Laluan Klebang Restu.

IPOH: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui mati dengan tujuh kesan tetakan pada kepala dan kedua-dua belah tangan di sebuah lorong di Laluan Klebang Restu di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi, mangsa yang dikenali sebagai Gobinathan dipercayai ke kawasan itu untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai sebelum dikejar seorang suspek bersenjatakan parang hingga ke lorong berkenaan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata suspek yang dipercayai mengejar mangsa hingga ke lorong berkenaan kemudiannya menetak mangsa di kepala dan kedua-dua belah tangan. "Mangsa yang dalam kesakitan masih cuba melarikan diri kira-kira 80 meter sebelum rebah di tepi longkang di lorong berkenaan manakala suspek kemudian melarikan diri bersama seorang lagi rakannya menaiki motosikal. "Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian. POLIS masih menyiasat motif kejadian dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 Komentar untuk "Lelaki maut ditetak hendak ke kedai "

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info