Powered by Blogger.

Misteri tatu naga

Shah Alam: Mayat lelaki yang ditemui tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, Rabu lalu adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, walaupun kaki dan tangan lelaki itu reput kerana dipercayai sudah mati lebih seminggu lalu, namun kesan suntikan BCG itu masih kelihatan.
“Kita masih menyiasat identiti mangsa dan setakat ini dapat mengesan suntikan BCG di lengan mangsa yang mengesahkannya mangsa warga tempatan.“Selain itu, kita turut meminta rakan atau mereka yang mengenali tatu naga dan berbunga pada lengan lelaki terbabit tampil membantu siasatan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Selamat peringkat IPD Shah Alam, di sini, semalam.
MAYAT lelaki bertatu naga dan bunga yang ditemui tanpa kepala di dalam parit di Shah Alam.

0 Komentar untuk "Misteri tatu naga"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info