Powered by Blogger.

Bahana nak badan sasa

Goiania, Brazil: Kerana terlalu taksub untuk memilik badan yang sasa seorang lelaki hampir maut selepas menyuntik campuran alkohol dan minyak untuk membesarkan ototnya.
Romario Dos Santos Alves, 25, yang meminati sukan bina badan menyuntik ototnya dengan campuran minyak dan alkohol yang dikenali sebagai synthol.
Bahan sintetik itu bukan sahaja menyebabkan ototnya membesar secara luar biasa tetapi mengakibatkan Alves mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.
Katanya, dia mula menyuntik synthol ke badannya tiga tahun lalu selepas melihat seorang lelaki mempunyai otot yang besar.
“Lelaki itu memperkenalkan saya kepada bahan itu dan memberitahu bahawa ia boleh membantu membesarkan otot dengan cepat.
ALVES menunjukkan otot badannya yang membesar secara luar biasa akibat mengambil synthol.
0 Komentar untuk "Bahana nak badan sasa"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info