Beijing: Video hidangan pelik menjadi viral di China menunjukkan ikan dimasak masam manis seolah-olah masih hidup ketika dimakan pengunjung di sebuah restoran.
Kepala ikan itu dilihat di hujung pinggan hidangan dengan bahagian badan nampak sudah menjadi sebahagian daripada masakan berkuah yang dihiasi sayuran.
Bagaimanapun, haiwan itu masih bergerak terutama apabila isinya dikuis menggunakan penyepit.
Video itu dipercayai dirakamkan di sebuah restoran di daerah Yuexiu di wilayah Guangzhou.
Sepanjang klip itu, ikan berkenaan terus menggerenyet dan siripnya bergerak seperti kesakitan setiap kali isinya diambil untuk dimakan.
0 Komentar untuk "Masih hidup selepas dimasak"