Powered by Blogger.

Buat Seks Kerap Boleh ‘Pecah’ Batu Karang Ginjal

ANKARA – Salah satu cara yang paling banyak dilakukan oleh doktor di seluruh dunia untuk mengatasi masalah kewujudan batu karang dalam buah pinggang pada seseorang pesakit adalah menerusi kaedah pembedahan.
Namun, penyelidikan terbaharu ini sekumpulan saintis Turki menemui cara lain yang lebih inovatif, kreatif serta mungkin menyeronokkan, iaitu dengan melakukan hubungan seks secara kerap bagi pasangan suami dan isteri.
Pengkaji dari Clinic of Ankara Training and Research Hospital di sini baru-baru ini menyarankan, bersetubuh sekurang-kurangnya dilakukan tiga hingga empat kali setiap minggu mampu mengatasi batu karang di ginjal.
Saintis yang juga dari Jabatan Urologi di hospital terbabit membuat kajian itu melibatkan 75 peserta dibahagikan tiga kumpulan dengan kelompok pertama diminta melakukan hubungan seks tiga hingga empat kali seminggu.
Manakala kumpulan kedua diberikan tamsulosin, iaitu ubat untuk mengendurkan otot prostat pada lelaki sehingga mereka perlu membuang air kecil menjadi lebih sering, dan yang ketiga, rawatan perubatan standard.

Baca: Semua Penduduk Satu Kampung Cuma Ada Satu Ginjal

Juga: Ginjal Rosak Padah Minum Teh O Ais 16 Kali Sehari

0 Komentar untuk "Buat Seks Kerap Boleh ‘Pecah’ Batu Karang Ginjal"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info