Doktor menjangka dia akan hidup hanya selama beberapa hari kerana dilahirkan tanpa tulang tengkorak namun Jaxon Buell yang yang digelar Jaxon Strong menyambut hari jadi yang pertama Ogos lalu dan lebih menyentuh hati bayi ini berkata ‘Hello’ dan ‘I love you’ kepada ibu bapanya, minggu ini.
Ribuan orang mengucapkan selamat serta sokongan kepada bayi itu serta ibu bapanya, Brittany dan Brandon yang tinggal di Orlando, Florida,
Minggu lalu, bayi itu mengucapkan ‘hello’ kepada peminatnya dan beberapa hari lalu, ibu bapanya menyiarkan rakaman video Jaxon mengucapkan ‘I love u’.
Jaxon yang dilahirkan dengan masalah Microhydranencephaly dijangka dapat hidup selama beberapa hari, malah ibu bapanya pernah bercadang menggugurkan kandungan kerana bayi itu mempunyai peluang amat tipis untuk hidup.
Namun, Jaxon kini sudah berusia setahun, mengenepikan jangkaan sains perubatan dan boleh berjalan dengan bantuan ibu bapanya.
Sejak setahun lalu ibu bapanya menyiarkan rakaman video Jaxon di Facebook yang sudah mendapat lebih 23,000 'likes' selepas mereka mendapat kritikan kerana tidak menggugurkan kandungan dan menyebabkan Jaxon lahir dalam keadaan amat tidak sempurna.
Hujung bulan lalu, pasangan itu menegaskan keputusan untuk tidak menggugurkan kandungan adalah pilihan mereka dan tiada doktor boleh memberitahu mereka dengan tepat ‘apa yang boleh dan tidak boleh atau apa yang boleh dijangka’.
Satu tabung melalui lama web GoFundMe untuk Jaxon sudah berjaya mengumpul dana lebih AS$120,500 dan menarik perhatian sejumlah selebriti termasuk Ashton Kutcher.
0 Komentar untuk "‘I love you’ daripada bayi tanpa tengkorak"