Powered by Blogger.

Adakah Perang Dunia Ke-3 Akan Bermula?????Balas Dendam Pada ISIS, Perancis Bom Syria Besar Besaran

SEBAGAI balasan terhadap serangan di Paris, pesawat perang milik Perancis mula mengebom beberapa wilayah yang dikuasai ISIS di Raqqa, Syria sejak Ahad.
Serangan terhadap ISIS tersebut digambarkan sebagai satu serangan dalam skala besar. Sasaran pengeboman adalah pusat ketenteraan, kawasan anggota direkrut dan dilatih serta gudang simpanan senjata milik ISIS.
Sebanyak 12 pesawat termasuk 10 jet tempur dikerah, manakala 20 bom dijatuhkan bagi menghancurkan kesemua kawasan sasaran, menurut kenyataan diberikan wakil media Kementerian Pertahanan Perancis Mickael Soria.

Tiada Kepakaran Halang Anggota IS Malaysia Lancar Serangan

Serangan udara itu dilakukan dua hari setelah pengeboman di Paris yang mengorbankan 132 nyawa berlaku pada Jumaat, hingga membuatkan Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan perang terhadap ISIS yang mengaku bertanggung jawab terhadap rangkaian serangan tersebut.

Akui Tuduhan Presiden Perancis, ISIS Dalang Serangan Paris

ISIS sebelum ini mengisytiharkan Raqqa sebagai pusat pentadbiran Syria dalam negara yang sedang dibentuk mereka. 
0 Komentar untuk "Adakah Perang Dunia Ke-3 Akan Bermula?????Balas Dendam Pada ISIS, Perancis Bom Syria Besar Besaran"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info