Powered by Blogger.

MENAKUTKAN!!! Lelaki Selamba Masukkan Binatang Berbisa Dalam Mulut Lihat Video Ini

SANGGUP memasukkan binatang berbisa ke dalam mulut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.
Itu yang dilakukan oleh Tian Jiashi, 33, apabila dia menjadikan ular, kala jengking, labah-labah dan binatang eksotik lain sebagai bahan untuk persembahannya.
Aksi ganas dan pelik yang dilakukan oleh Tian itu mendapat sambutan ramai di China dan ramai yang sukar percaya dia mempunyai `hubungan’ dengan binatang berbisa itu.
Meskipun Tian seronok kerana dapat membuat persembahan itu namun dia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan.
Sejak memulakan persembahan itu lapan tahun lalu, Tian telah digigit beratus kali malah mukanya pernah bengkak apabila lidahnya disengat labah-labah.
Tetapi ia tidak menghalang Tian daripada meneruskan aktiviti kegemarannya itu.
Wang yang diperolehinya digunakan untuk memelihara binatang berbisa terbabit dan dia memiliki banyak koleksi binatang itu. 
0 Komentar untuk "MENAKUTKAN!!! Lelaki Selamba Masukkan Binatang Berbisa Dalam Mulut Lihat Video Ini"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info