Powered by Blogger.

TIDAK TAHU MALU!!! Penuntut IPTA Sanggup Reka Cerita ‘Terjumpa’ Bayi Sendiri- DAN Saksikan Video Bayi Paling Kecil Di Dunia

HELAH seorang penuntut universiti awam yang menyembunyikan kelahiran bayinya daripada keluarga dengan mereka cerita kononnya terjumpa seorang bayi akhirnya terbongkar jua.
Wanita itu akhirnya mengaku bayi tersebut anaknya yang dilahirkan di Felda Jengka 3, Maran, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dia memberitahu ibunya bayi tersebut ditemui di hadapan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi berkata, siasatan awal mendapati penuntut berkenaan sebenarnya sengaja mereka cerita palsu kerana takut perkara sebenar diketahui keluarganya.
“Suspek sengaja membuat cerita palsu memberitahu kononnya dia menemui bayi berkenaan di atas meja di depan rumahnya ketika mahu menyidai pakaian sebelum dia menghubungi ibunya memaklumkan kejadian,” katanya.
Bayi perempuan yang ditemui cukup sifat dan masih bertali pusat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk pemeriksaan lanjut.
0 Komentar untuk "TIDAK TAHU MALU!!! Penuntut IPTA Sanggup Reka Cerita ‘Terjumpa’ Bayi Sendiri- DAN Saksikan Video Bayi Paling Kecil Di Dunia"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info