Powered by Blogger.

Tindakan Bodoh!!Bunuh Diri Selepas Anak Meninggal Kerana Kanser

SEPASANG suami isteri di Romania yang terlalu sedih kerana kehilangan anak lelaki mereka akibat kanser, telah mengambil jalan pintas dengan membunuh diri, sebaik sahaja budak berkenaan meninggal dunia.
Mayat pasangan itu ditemui oleh jiran mereka bersama-sama dengan anak mereka, Cristian Dimitris Arava, yang berusia sembilan tahun.
Mayat si isteri ditemui di sebelah mayat anaknya manakala mayat si suami pula tergantung di dapur.
Mereka turut meninggalkan surat setebal 13 muka surat yang menyatakan akan kesedihan selepas anak mereka disahkan menghidap ketumbuhan di bahagian otak.
Dalam satu blog yang ditulis pasangan berkenaan kira-kira tujuh tahun lalu, mereka menyatakan akan keperitan dan kesukaran untuk menerima hakikat anak mereka menghidap kanser.
“Saya tidak dapat nyatakan keperitan yang dilalui selepas mendapat khabar buruk ini. Dia baru berusia dua tahun.
“Malangnya, ketumbuhan itu semakin membesar dan doktor juga menyatakan adalah mustahil untuk melakukan pembedahan,’’ kata si isteri.
Wanita itu turut menulis setiap saat amat berharga bagi anaknya dan dia pada bila-bila masa akan meninggal dunia. 
0 Komentar untuk "Tindakan Bodoh!!Bunuh Diri Selepas Anak Meninggal Kerana Kanser"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info