Powered by Blogger.

PELIK!! Lebih 100 Kereta Ditahan Melakukan Lumba Haram Di Tempat Awam

Dalam serbuan 2 pagi itu, beberapa pemilik kereta didapati beradu kelajuan kenderaan masing-masing manakala ratusan lain adalah penonton yang menyaksikan perlumbaan haram di laluan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu.
Kesemua pemilik dan kenderaan yang ditahan itu kemudian diperiksa membabitkan kesalahan mengubahsuai kenderaan serta saman trafik yang tertunggak selain kesalahan lalu-lintas yang lain.
Sehingga 5.30 pagi tadi pemeriksaan masih dilakukan dan kebanyakan yang ditahan adalah golongan muda dari sekitar bandar raya ini serta beberapa daerah lain.
Kegiatan lumba haram itu difahamkan diadakan pada malam minggu sejak dua minggu lalu dan maklumat turut mendapati ia mendapat sambutan hangat dari ramai pemilik kereta termasuk dari Pulau Pinang yang datang untuk berlumba.  
0 Komentar untuk "PELIK!! Lebih 100 Kereta Ditahan Melakukan Lumba Haram Di Tempat Awam"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info