Powered by Blogger.

GEMPAR!! Lelaki Dipercayai Paling Tinggi Di Dunia Meninggal Dunia

BANGKOK – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai manusia paling tinggi di dunia meninggal dunia akibat komplikasi penyakit berpunca daripada kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat.
Pornchai Saosri dengan mempunyai ketinggian 2.69 meter meninggal dunia pada usia 26 tahun di kediaman keluarganya di kampung Ban Takaeo di wilayah Prasat, Thailand pada Isnin lalu.
Diberi nama timangan Oaf oleh ahli-ahli keluarganya, dia baru-baru ini telah dimasukkan ke sebuah hospital berhampiran dan hanya mampu berbaring kerana menghidap pelbagai penyakit.
Oaf dilaporkan sebagai lelaki paling tinggi di dunia, tetapi dia tidak pernah mendapat pengiktirafan rasmi kerana tidak mampu berdiri lurus dan ketinggiannya hanya diukur ketika duduk.
Lelaki paling tinggi di dunia yang dicatat secara rasmi dalam Rekod Dunia Guinness pada masa kini dipegang oleh Sultan Kosen dari Turki yang mempunyai ketinggian hanya 2.51 meter.
Pornchai menderita penyakit darah tinggi dan meninggal dunia sejurus pulang dari hospital berkenaan selepas menerima rawatan selama seminggu.
Lelaki tersebut dijaga oleh ibunya, Woen Saosri, 56 tahun; dan bapanya, Saran, 60 tahun; dan seorang anak saudara perempuannya yang berusia 15 tahun.
Woen dilaporkan menemui anaknya itu sudah tidak lagi bernyawa ketika pulang ke rumah selepas mengambil upah mencuci pinggan.
Keluarga Pornchai sebelum ini pernah merayu orang ramai membantu membiayai kos perubatan lelaki itu.
Pornchai ketika itu berkata, dia mahu sebuah katil yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti di hospital untuk memudahkan pergerakannya.
“Saya juga mahu mempunyai wang bagi membayar hutang ibu saya yang sudah tua ini,” katanya.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Lelaki Dipercayai Paling Tinggi Di Dunia Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info