Powered by Blogger.

GARA-GARA SIKAP SENDIRI!!! 4 Ditahan Kes Buli Pelajar Sampai Berdarah Usus, Buah Pinggang

ALOR SETAR – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat kes membelasah pelajar Tingkatan Satu sehingga mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang, di sebuah sekolah agama rakyat di Pokok Sena, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun itu ditangkap di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Setar 8.45 malam tadi.

Pelajar Dibelasah Senior Alami Pendarahan Usus, Buah Pinggang

Seorang lagi suspek akan ditahan hari ini, katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian 3 pagi itu, Mohd Irfan Azizan, 13, berasal dari Kampung Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang dibelasah lima pelajar senior di luar bilik asrama sekolah itu.
Adzaman berkata mangsa dipukul kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan suspek selepas mangsa dikatakan orang paling awal masuk ke dalam bilik asrama.
0 Komentar untuk "GARA-GARA SIKAP SENDIRI!!! 4 Ditahan Kes Buli Pelajar Sampai Berdarah Usus, Buah Pinggang"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info