Powered by Blogger.

Bomba pindah pesakit 290kg

Rawang: Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki seberat 290 kilogram dari tingkat sembilan wad Hospital Selayang, di sini.
Dalam operasi jam 6.03 petang semalam, pihak hospital mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat berikutan menghadapi masalah bagi memindahkan pesakit mengalami obesiti itu.
Difahamkan pesakit berusia 40-an itu yang mengalami penyakit bengkak kaki cuba dipindahkan dari Hospital Selayang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi khas itu diketuai Komander Operasi Mohd Mazwi Mohamed Noor bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.
Menurutnya, lelaki yang mengalami masalah kesihatan dibantu anggota bomba untuk turun dari tingkat atas wad hospital menggunakan katil.
Menurutnya, proses memindahkan pesakit itu berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit.

ANGGOTA bomba berusaha memindahkan pesakit seberat 290 kilogram ke dalam ambulans, semalam.

Related Post

  • Gen Y- Makanan melemahkan badan Makanan adalah suatu keperluan harian yang harus dipenuhi. Tanpa makanan, mana mungkin kita dapat hidup. Kini, terdapat…
  • Diet pelik untuk kurus Ada individu yang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan menarik. Untuk mendapatkan tubuh badan langsing misalnya, …
  • Cikgu ditembak tengah jalan Kulim: “Saya terkejut dengar bunyi letupan macam mercun,” kata Muhamad Sufian Hassan, 21, saksi kejadian seorang guru s…
  • Ditikam bekas kekasih San Pedro: Seorang wanita terselamat daripada maut walaupun cedera parah selepas kepalanya ditikam dengan pisau dapur. …
  • Khidmat ‘ayam’ Afrika kaki lima Kuala Lumpur: Empat wanita penggoda warga Afrika dikesan tidak segan silu menjalankan kegiatan memujuk lelaki tempatan …
0 Komentar untuk "Bomba pindah pesakit 290kg"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info