Powered by Blogger.

Maut terjatuh dari pelantar simen

Balik Pulau: Seorang pekerja kontrak warga Pakistan maut selepas terjatuh dari sebuah pelantar mesin pembancuh simen di tapak pembinaan di Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini.
Dalam kejadian jam 1.45 petang tadi mangsa berusia 29 tahun sedang membancuh simen dan terjatuh pada ketinggin 20 meter.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitenden Lai Fah Hin berkata, mangsa maut di tempat kejadian di sebabkan kecederaan di kepala.
Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
FOTO ihsan pembaca

0 Komentar untuk "Maut terjatuh dari pelantar simen"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info