Powered by Blogger.

‘Saya maafkan’

Kuantan: “Saya maafkan walaupun dia menyebabkan parang terpacak di muka anak saya,” kata Mat Sahor Ahmad, bapa kepada Mohd Ridhuan yang bertarung nyawa selepas parang melekat di muka dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, kelmarin.
Mat Sahor, 43, berkata, individu itu rakan baik anaknya dikenali sebagai Din berusia lingkungan 20 tahun dan kejadian malang terbabit tidak disengajakan ketika mereka mahu membersihkan kawasan semak.
Katanya, Mohd Ridhuan, 20, turut memintanya supaya tidak memarahi Din ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya reda dengan apa terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu, tiada apa hendak diungkit lagi kerana ketika kejadian rakannya sudah menyatakan kekesalan sambil menangis meminta maaf.
“Paling penting sekarang melihat Mohd Ridhuan sihat seperti biasa untuk bekerja, isterinya kini mengandung empat bulan dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA, di sini, semalam.
Dia berkata, keadaan Mohd Ridhuan kini semakin stabil selepas doktor melakukan pembedahan pada jam 9 malam kelmarin dan menjangkakan akan ditempatkan di hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga minggu lagi.
“Doktor sudah mengeluarkan hulu parang yang tertanam di mukanya melalui pembedahan selama empat jam dan kini memerlukan pemantauan berterusan daripada pakar perubatan.

ANGGOTA bomba memotong parang yang tertusuk di kepala mangsa dalam pembedahan.
0 Komentar untuk "‘Saya maafkan’"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info