Powered by Blogger.

Usia Esah cecah 115 tahun

Machang: Dia dilahirkan pada abad ke-19, namun ketentuan Allah membolehkan wanita ini hidup sehingga abad ke-21 dengan usianya terkini seperti tertera pada kad pengenalannya ialah 115 tahun.
Malah, Esah Jusoh dari Kampung Jakar, baru saja menyambut hari lahirnya yang ke-115 pada 29 Oktober lalu.
Jika usianya dapat disahkan, Esah juga boleh dianggap antara wanita tertua di Asia selepas Misao Okawa dari Jepun yang diiktiraf buku Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua hidup di dunia dan Asia pada tahun lalu.
Lebih menarik, Esah yang mempunyai lima anak hasil tiga perkahwinannya tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung, sebaliknya hanya mengalami masalah pendengaran.
Anak bongsunya, Tuan Bidah Tuan Muda, 65, berkata, ibunya gemar memakan sayur dan ulaman seperti pucuk putat, terung dan pucuk ubi kayu yang mungkin menjadi faktor penyumbang kepada kesihatannya yang sentiasa baik.
0 Komentar untuk "Usia Esah cecah 115 tahun"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info