Powered by Blogger.

Pelaris gedik

Shah Alam: Pelanggan lelaki dikenakan bayaran sehingga mencecah RM500 untuk melanggan GRO sambil berhibur di sebuah pusat hiburan di Klang yang dipercayai tiada lesen perniagaan yang sah.
Difahamkan, pusat hiburan berkenaan menggunakan khidmat GRO warga asing dari Vietnam, Thailand serta Indonesia yang dibekalkan sindiket pelacuran sebagai pelaris untuk menarik pengunjung lelaki.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu premis itu pada jam 12.50 awal pagi semalam.
Hasil serbuan mengejut itu, polis menahan 50 wanita warga asing masing-masing 28 dari Vietnam dan selebihnya warga Thailand serta Indonesia selain seorang lelaki dipercayai penjaga premis maksiat itu.
Mohamad berkata, serbuan ke atas dua premis berasingan di sekitar Klang adalah hasil daripada risikan pihaknya serta maklumat daripada orang ramai dan pemeriksaan awal mendapati kedua pusat hiburan berkenaan memang menjalankan kegiatan pelacuran.
"Hasil pemeriksaan awal kami mendapati premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah ini menyediakan khidmat pelacuran kepada pelanggan lelaki yang datang berhibur di pusat hiburan mereka.
"Pemilik premis berkenaan mengenakan bayaran RM200 hingga RM500 bagi setiap pelacur selain sebahagian besar daripada mereka melakukan kesalahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, operasi serentak yang bermula awal pagi semalam diketuai Mohamad dengan kekuatan tiga pegawai dan 10 anggota dari bahagian D7 Bukit Aman.
Menurut Mohamad, semua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut selain sebahagian besar daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di sekitar Klang.
0 Komentar untuk "Pelaris gedik"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info