Alor Setar: "Isteri saya menyedari ada penunggang motosikal mengekori mereka dari belakang dengan tidak memasang lampu.
"Sebaik saja dia membuka penutup muka topi keledar untuk melihat dengan lebih jelas, tiba-tiba dia disimbah dengan sejenis cecair dipercayai cuka getah," kata Mohd Omar Mansor, 21.
Dalam kejadian di Taman Batik, Sungai Petani, jam 7.45 malam Selasa lalu, isteri Mohd Omar iaitu Siti Mazlina Md Zaidi, 20, melecur di muka, dada, tangan kanan dan mata, manakala rakannya Anis Shazwani Yusoff, 26, melecur di belakang badan akibat terkena cecair berkenaan.
Kejadian berlaku apabila Anis Shazwani yang menunggang motosikal bersama Siti Mazlina dari tempat kerja di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani untuk ke rumah kakak ipar Anis Shazwani di Taman Keladi.
Isteri Mohd Omar itu membonceng motosikal yang ditunggangi Anis Shazwani yang turut menerima 10 jahitan di dahi akibat terjatuh.
0 Komentar untuk "Terus simbah cuka getah"