Powered by Blogger.

Baca! Tips Keselamatan Di Facebook, Terutama Untuk Wanita

SEJAK kebelakangan ini, kes-kes seperti ragut, rogol dan bunuh semakin berleluasa di negara ini. Apa yang lebih menyedihkan, jenayah sedemikian sering melibatkan kaum wanita sebagai mangsa.
Mungkin salah satu faktor yang mendorong kepada perkara-perkara itu adalah cara seseorang itu menggunakan laman sosial facebook mereka.
Pendedahan maklumat peribadi yang begitu terperinci di khalayak mungkin boleh dijadikan sebab dan punca berlakunya jenayah seperti ini.
Ia kerana pendedahan seperti itu secara tidak lansung memudahkan perancangan si pelaku untuk mencari serta memburu mangsa mereka.
Berikutan insiden memilukan yang berlaku di Muar, Johor beberapa hari lalu, seorang wanita ini telah berkongsikan pendapatnya di laman sosial itu dan ia telah menjadi viral dan mendapat perhatian netizen.
Jadi, apa kata kita ikuti dan baca tips-tips keselamatan ketika menggunakan facebook yang dikongsikannya.
wm
“Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:
1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.
2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah…. jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.
3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. “Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?” Haaa…jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.
4. Jangan post no plat kereta
Ye… tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?
5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.
6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak. 
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia,” tulisnya.
Memang bernas dan berguna pandangannya. Memang patut diambil sebagai iktibar sebelum segalanya terlambat!
Langkah berjaga-jaga ini juga seharusnya dipraktikkan terutamanya buat kaum hawa, ia mungkin nampak remeh tapi impaknya mampu menyelamatkan nyawa seseorang.
0 Komentar untuk "Baca! Tips Keselamatan Di Facebook, Terutama Untuk Wanita"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info