BUAT julung kalinya, Perusahan Otomobil Nasional Holding Bhd (Proton) pada Sabtu mempamerkan sebuah model konsep trak pikapnya yang terbaharu kepada umum bersempena dengan Karnival Alami Proton 2015.
Pengerusi Proton yang juga bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut dilihat tertarik dengan prototaip terkini kereta berkenaan ketika meninjau pameran yang disediakan pihak syarikat automotif tersebut.
Menurut laporan dari laman Carlist.my, model pertama trak pikap keluaran Proton ini masih belum mempunyai nama lagi. Malah, Proton juga belum kenyataan sama ada model konsep trak pikap itu akan dikomersialkan.
Sementara itu, ramai netizen tempatan menerusi laman sosial dilihat menyambut baik dan memuji reka bentuk terkini model trak pikap ini yang disifatkan sebagai mempunyai gaya amat futuristik serta lebih ‘garang’.
Karnival Alami Proton 2015 yang sedang berlangsung bermula pada Sabtu sehingga 4 Oktober di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, Selangor ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang.
0 Komentar untuk "GEMPAK HABIS!! Design Trak Pikap Keluaran Proton Ini "