PIHAK polis di Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman video CCTV mengenai kes ragut dan bunuh seorang wanita di Georgia bagi membantu mereka melakukan siasatan.
Video yang telah disunting semula oleh polis Covington itu disebarkan untuk mengumpul maklumat dari orang ramai bagi memburu suspek terbabit.
Menerusi rakaman video itu, mangsa, Marsha Johnson, 65, yang sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam but keretanya telah diragut dan bergelut dengan suspek sehingga terjatuh.
Marsha kemudiannya telah digilis berkali-kali sehingga mengalami kecederaan yang parah. Dia dilaporkan mati sejurus tiba di hospital.
Kejadian dilaporkan berlaku di tempat letak kereta di sebuah Wallmart di sana.
“Kami mahukan orang ramai menonton video itu dan kongsikannya di laman sosial.
“Kamu tidak tahu orang yang kamu kenali mempunyai maklumat yang kami betul-betul perlukan untuk siasatan,” kata Kapten Ken Malcolm.
Kekejaman suspek yang bertindak begitu keterlaluan telah mengundang kemarahan ahli keluarga Marsha yang mahukan suspek di bawa ke muka pengadilan.
Menurut anak saudaranya, Marsha yang baru sahaja kehilangan suaminya dan memiliki anak yang sedang bertarung dengan penyakit kanser merupakan seorang yang sangat baik hati.
Apa yang berlaku kepadanya ini sesuatu perkara yang tidak dijangka sama sekali dan tidak boleh diterima.
Oleh yang demikian, pihak polis menyeru orang ramai untuk bekerjasama dan membantu mereka menjejaki suspek yang melakukan jenayah itu.
0 Komentar untuk "SEDIH!!! Lihat Video ini Polis Buru Lelaki Ragut Wanita Sebelum Gilis Sampai Mati"