Powered by Blogger.

PENTING!! Kes bunuh kerani: Pengguna FB kongsi 6 langkah keselamatan

Kes bunuh kerani: Pengguna FB kongsi 6 langkah keselamatan
Golongan wanita perlu lebih berhati-hati dalam memuat naik status di laman sosial.
SUSULAN kejadian seorang kerani wanita muda yang dipercayai dirogol dan dibunuh di Muar, Johor, pada Isnin, seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa tips keselamatan untuk golongan wanita.

Cik Puan Nurul dalam satu status yang dimuat naik pada Selasa, menyenaraikan enam perkara yang sering dilakukan di laman sosial. Tanpa disedari, perkara-perkara inilah yang mendedahkan mereka, khususnya wanita, kepada risiko dan bahaya.


 
Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan...
Posted by Cik Puan Nurul on 


Antara yang disenaraikan Nurul adalah tabiat gemar selfie dan check-in di lokasi. Kata Nurul, selfie, walaupun pada dasarnya hanya perkara biasa, namun ia boleh mendorong kepada berlakunya perkara tidak baik.

Begitu juga tabiat check-in di sesuatu tempat boleh mengundang bahaya terutama apabila setting status itu diletakkan sebagai public atau umum.

Nurul juga berpesan agar wanita, terutama sekali yang tinggal berseorangan berhati-hati apabila memuat naik status. Terlalu berterus-terang dalam menulis status boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Status Nurul itu menerima lebih 18 ribu perkongsian setakat ini.
0 Komentar untuk "PENTING!! Kes bunuh kerani: Pengguna FB kongsi 6 langkah keselamatan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info