Powered by Blogger.

Baru Puas Hati!!! Wanita Mahu Besarkan Payudara Untuk Jadi Patung Hidup Saksikan Video klip

SEORANG wanita yang mahu menjadi `patung’ hidup, sanggup mengetepikan nasihat doktor sebaliknya bertekad untuk membesarkan payudaranya meskipun dia berdepan risiko maut.
Wanita itu Blondie Bennett, mahu menambahkan lagi prosedur pembedahan plastik biarpun telah menjalani rawatan botox, implan pipi, pembesaran dagu dan lima pembedahan membesarkan payudara.
“Dengan menjadi patung hidup, saya tidak bekerja sebaliknya saya ada peminat tersendiri yang membayar untuk gaya hidup saya,’’ katanya.
Meskipun payudaranya telah besar dengan berat 71/2 paun namun Blondie masih mahu membesarkannya.
Bagaimanapun Dr. Terry Dubrow menyifatkan perbuatan itu hanya memberikan risiko kepadanya dan jika pembedahan itu dilakukan, ia bakal menyebabkan payudaranya meletup.
“Jika Blondie mahu menjalani pembedahan membesarkan lagi payudaranya itu, dia akam tumbang malah ketika ini pun badannya telah menolak implan yang dijalankan sebelum ini,’’ kata Dr. Terry.
Lebih menakutkan apabila Blondie pernah mengidap ketumbuhan di bahagian dada dan ia telah dua kali berlaku.
Bagaimanapun nasihat Dr. Terry itu umpama mencurah air ke daun keladi, kerana Blondie tetap mahu meneruskan impiannya itu.


0 Komentar untuk "Baru Puas Hati!!! Wanita Mahu Besarkan Payudara Untuk Jadi Patung Hidup Saksikan Video klip"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info