Powered by Blogger.

TIDAK PUTUS ASA!! Polis Serbu Kediaman Suspek Wanita Serangan Paris

PARIS – Polis Perancis menyerbu kediaman emak kepada keluarga suspek wanita yang dipercayai meletupkan dirinya ketika pihak berkuasa menjalankan operasi pemburuan besar-besaran, sepanjang minggu ini.
Dua orang terbunuh dalam operasi tujuh jam polis yang menyasarkan sebuah bangunan di Saint-Denis, pinggir bandar raya Paris bagi memburu anggota kumpulan IS, Abdelhamid Abaaoud dan seorang wanita yang meletupkan jaketnya mengandungi bahan letupan.
Sumber yang rapat dengan siasatan percaya, wanita berusia 26 tahun dikenali sebagai Hasna Ait Boulahcen, iaitu sepupu kepada Abaaoud yang menjadi dalang utama serangan di Paris, Jumaat lalu yang mengorbankan 129 orang.
Satu klip video dirakam oleh penduduk tempatan di kawasan itu dengan menunjukkan anggota polis menyerbu masuk sebuah bangunan di Saint Denis, pada pagi Rabu lalu beserta dengan rakaman percakapan.
“Di mana teman lelaki anda? Di mana dia?,” demikian pekikan pegawai polis dan disusuli dengan satu jeritan balas kedengaran selepas itu, “Dia bukan teman lelaki.”
Kemudian disusuli dengan beberapa letupan kedengaran. Polis semalam menyerbu rumah ibu kepada Boulahcen dan rumah abangnya dan mereka mengenal pasti suara menerusi rakaman video itu.
“Fikiran dan otaknya sudah dipengaruhi,” kata ibunya yang mengakui anak perempuannya agak radikal sejak enam bulan lalu.
Abangnya pula berkata, adik perempuannya itu berubah sikap dengan tiba-tiba dan memakai hijab penuh.
“Dia tidak berapa stabil, dia tidak mahu belajar agama dan saya tidak pernah melihatnya membuka al-Quran,” katanya yang enggan menyebut nama.
Seorang sumber berkata, serbuan polis itu diadakan di rumah enam suspek di Aulnay-sous-Bois, sebuah pekan di timur laut Paris di mana Boulahcen tinggal sejak enam bulan lalu.
0 Komentar untuk "TIDAK PUTUS ASA!! Polis Serbu Kediaman Suspek Wanita Serangan Paris"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info