SEORANG lelaki berkongsi kisah di laman sosial di mana satu hari ketika sedang memandu kereta dalam perjalanan ke nurseri bersama isteri, dia terkejut apabila menyedari keretanya diekori oleh motor yang ditunggang oleh satu pasangan India.
“Ada pasangan India pandang-pandang. Lepas pandang dihon.. hon pula. Saya tak sedap hati,” luahnya.
Lelaki itu kemudiannya memberhentikan kereta setelah diekori dengan agak lama, apatah lagi anak dan isterinya berada dalam kereta.
Dengan berat hati dia keluar dengan perasaan gementar dan curiga menemui pasangan di atas motor terbabit.
Bagaimanapun selepas itu, dia amat terkejut dan tergamam!
Tanggapan negatifnya ternyata salah kerana rupa-rupanya, pasangan terbabit mengekori keretanya semata-mata untuk memulangkan dua telefon bimbit dan beg duit milik isterinya yang tercicir dan dilihat mereka.
Sebaik memberikan barangan tersebut pasangan itu segera beredar pergi, meninggalkan pemandu kereta dalam keadaan terkejut, terharu dan bersyukur.
Moral daripada kejadian ini, jangan terlalu mudah menaruh prasangka negatif terhadap orang di sekeliling kita. ‘Faith in humanity restored’.
0 Komentar untuk "MENYERAMKAN!!! Apa Pasangan India Ini Buat???"