Powered by Blogger.

GEMPAR!! Bintang Raja LAWAK!! Penjual Insurans ‘Petik’ Nama Arwah Yus Minta Maaf-Salam Takziah

BOLEH dikatakan, satu negara berasa terkejut apabila mendapat tahu berita kematian pelawak, Yus Jambu yang menghembuskan nafas terakhirnya, awal pagi tadi.
Allahyarham Yus atau nama sebenarnya, Yusry Edoo, 39, meninggal dunia di Hospital Selayang selepas mengadu kurang selesa dan sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka sebelum itu.
Selama ini tak pernah pula didengar sebarang berita menyatakan allahyarham mempunyai masalah kesihatan yang serius, itulah antara bisikan hati kebanyakan kita.
Hal ini sekaligus mengingatkan kita supaya sentiasa peka dengan kesihatan diri dan pada masa sama, beringat bahawa kematian boleh menjengah kita bila-bila masa sahaja.
Bagaimanapun, cukuplah peringatan tersebut berlegar sebagai ingatan dalam diri masing-masing sahaja, tak perlu dikongsikan dengan orang lain apatah lagi bersama ‘iklan’ yang mendatangkan kepentingan kepada diri.
Contohnya perbuatan brader ini, yang mungkin berasakan tindakannya dapat menyebarkan kebaikan membeli insurans kepada orang lain tetapi sebaliknya ia lebih menampakkan dirinya sebagai seorang yang tidak sensitif.
Akibatnya teruk dia kena ‘bahan’ dengan netizen terutama peminat arwah.
Menyedari tindakannya itu mengundang perasaan kurang senang ramai orang, penjual insurans tersebut akhirnya meminta maaf atas tindakannya.
received111111_10153812614347112
Untitled
Tak apalah, yang penting dia sedar kesilapan diri dan sanggup minta maaf.
Sama-sama kita jadikan pengajaran, sebelum buat sesuatu fikirkan dengan mendalam dahulu apakah ianya boleh menyinggung perasaan orang lain ataupun tidak.
Maklumlah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Bintang Raja LAWAK!! Penjual Insurans ‘Petik’ Nama Arwah Yus Minta Maaf-Salam Takziah"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info