Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanatan Velautham berkata isu penculikan yang sedang hangat diperkatakan dan disebarkan khususnya melalui media sosial adalah tidak benar sama sekali.
“Kesan daripada penyebaran maklumat tidak berasas itu bukan sahaja menyebabkan kegusaran dan situasi panik tetapi juga menimbulkan pelbagai persepsi dan sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan,” katanya.
Beliau menasihatkan masyarakat di daerah ini tidak mudah percaya dengan khabar angin khususnya yang diviralkan menerusi media sosial.
Katanya polis sentiasa berjaga-jaga dan menyiasat secara terperinci jika ada laporan dibuat.
0 Komentar untuk "GEMPPAR!!! Polis Nafi Aktiviti Culik Budak Untuk Ambil Organ Di Beluran"