Powered by Blogger.

Mison Sere Dinobat Lelaki Paling Hodoh Zimbabwe

SEORANG lelaki berusia 42 tahun, Mison Sere dinobatkan sebagai Lelaki Paling Hodoh Zimbabwe selepas dia memenangi pertandingan Lelaki Paling Hodoh yang sudah diadakan empat tahun berturut-turut di negara itu.
Mison, seorang penganggur mengalahkan lima finalis lain termasuk juara bertahan William Masvinu yang hanya berjaya meraih naib johan sekali gus tidak dapat mempertahankan kemenangannya buat empat kali berturut-turut.
“Saya bersyukur dengan kemenangan ini, tahun lepas saya hanya memenangi tempat keempat. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada juri yang telah mengangkat saya sebagai juara,” katanya.
ii
Sementara itu, William yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak juri mempertikaikan kemenangan Mison dengan mendakwa lelaki itu seorang yang agak kacak untuk dinobatkan sebagai juara.
Menurut William, Mison hanya kelihatan hodoh sebaik dia membuka mulut yang memperlihatkan barisan giginya yang patah.
Pertandingan itu berjaya menarik sebanyak 36 penyertaan tahun ini berbanding hanya lima peserta pada 2012.
0 Komentar untuk "Mison Sere Dinobat Lelaki Paling Hodoh Zimbabwe"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info