Powered by Blogger.

Padan Muka Tak Serik!!! Dua Pelajar Kolej Maut Berlumba Haram

Mereka yang maut dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu dikenali sebagai Mohd Azwandi Riffen, 26, dari Sungai Siput manakala dua pelajar kolej berkenaan ialah Muhamad Nursyafiq Sham, 19, dari Malim Nawar dan Syed Muhammad Aiman Syed Hassandi, 18, dari Sungai Siput.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata difahamkan mereka serta kira-kira 100 penunggang yang lain sedang berlumba dari arah Tol Ipoh Selatan (Ampang) menghala ke Simpang Pulai.
“Mereka dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan dan meninggal di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata kesemua penunggang motosikal yang lain itu melarikan diri ketika pihak polis tiba ke tempat kejadian.
“Tiga motosikal mangsa turut tidak ditemui dan kami dipercayai ia telah dilarikan oleh rakan-rakan mangsa,” kata Wan Jamil.
Pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terbabit dalam perlumbaan tersebut. 
0 Komentar untuk "Padan Muka Tak Serik!!! Dua Pelajar Kolej Maut Berlumba Haram"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info