Powered by Blogger.

GEMPAR!! Larikan Superbike Selepas Pandu Uji

Nibong Tebal: Seorang lelaki melarikan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipandu ujinya di sebuah pusat jualan di Taman Jawi Jaya, Sungai Jawi, di sini semalam.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan melarikan motosikal jenis Honda CBR 1000RR berwarna putih berkenaan selepas dia membawa keluar dari kedai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.
Pemilik syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tong, 52, berkata beliau pada mulanya tidak membenarkan motosikal bernilai hampir RM100,000 itu dipandu uji memandangkan hujan lebat ketika itu.
"Lelaki itu mendakwa mahu membeli motosikal berkenaan tetapi mahu memandu uji terlebih dahulu.
"Saya percayakan lelaki itu kerana dia beritahu hanya mahu pandu uji di sekitar kawasan berhampiran kedai dan berjanji untuk menunggang sekitar Taman Jawi Jaya sahaja," katanya di sini, hari ini.
Tong berkata beliau dan seorang pekerjanya mengekori motosikal yang dipandu uji itu kerana risau ia kehabisan minyak.
"Selepas beberapa minit, pekerja saya kembali memaklumkan motosikal itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya terkejut dan terus membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat.
Honda CBR 1000RR

0 Komentar untuk "GEMPAR!! Larikan Superbike Selepas Pandu Uji"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info