Powered by Blogger.

GEMBIRA!! Mark Zuckerberg Ambil Cuti 2 Bulan Sambut Kelahiran Anak

PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg mengambil cuti dua bulan bagi menyambut kelahiran anak perempuannya yang dijangka lahir hujung tahun ini.
Dalam posting dalam laman sosial Facebook miliknya, Zuckerberg berkata itu merupakan keputusan peribadinya dengan menambah bahawa terdapat kajian membuktikan, ibu bapa bekerja yang bercuti panjang untuk menyambut kelahiran bayi mereka, memiliki kehidupan berkeluarga lebih baik dan teratur.
Perkara ini sejajar dengan polisi Facebook yang membenarkan staf wanita mengambil cuti bersalin sehingga empat bulan dengan gaji, manakala staf lelaki turut mendapat keistimewaan yang sama sekiranya isteri mereka mengandung.
Julai lalu, Zuckerberg berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan isterinya, Priscilla Chan kepada umum.
Sebelum ini Priscilla pernah mengalami tiga kali keguguran.
0 Komentar untuk "GEMBIRA!! Mark Zuckerberg Ambil Cuti 2 Bulan Sambut Kelahiran Anak"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info