SKYLAR Cowan Gallagher baru berusia 14 minggu apabila bayi itu diletakkan di bawah penjagaan bapanya, Stephen Gallagher, yang ketika itu sangat mabuk.
Malah Gallagher juga turut kencing dalam tangki ikan tanpa disedarinya.
Bagaimanapun keesokan harinya, bayi malang itu ditemui meninggal dunia dengan badan tertiarap di atas permaidani di rumah mereka di Newcastle.
Gallagher pula, yang baru sedar dari mabuk, tidak mengetahui apa yang berlaku kepada bayi tersebut.
Ketika kejadian, ibu bayi itu, Angela Cowan keluar bersama rakan-rakannya dan kemudian tertidur di rumah salah seorang rakan mereka.
Angela hanya pulang ke rumah pada pukul 5 pagi dan ketika itu dia sudah terlewat kerana bayi tersebut sudah tidak bernyawa.
Polis membuat kesimpulan bahawa Gallagher telah mengangkat bayi berkenaan dari katilnya ke atas permaidani untuk menukar lampin anaknya.
Malangnya kerana mabuk, dia terus terlelap menyebabkan bayi tersebut dibiarkan begitu sahaja, malah lampinnya juga tidak sempat ditukar.
Gallagher kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan didakwa kerana menyebabkan kematian seorang bayi.
Dia mengaku salah atas tuduhan berkenaan dan telah dihukum penjara 32 bulan.
0 Komentar untuk "MENYEDIHKAN!!! Lelaki Mabuk `Bunuh’ Bayi Ketika Tukar Lampin"