Powered by Blogger.

WOW! HEBAT,CANGGIH !!!! Mesin Pembelian Kereta Yang Pertama Di Dunia

SEBUAH syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat mempunyai cara lebih cool untuk para pelanggan mendapatkan kereta idaman mereka.
Kaedah yang diguna pakai syarikat Carvana ini beroperasi sama seperti mesin vending yang lain, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan syiling bagi mendapatkan produk yang diingini.
Konsep yang telah diusahakan sejak dua tahun lalu itu sebenarnya bermula di Atlanta namun sejak itu mereka mula melakukan penambahbaikan bagi menjayakan cara baharu pembelian kereta yang paling mudah, cepat dan ekspres.
Ketua Pegawai Eksekutif Carvana, Ernie Garcia berkata, ianya merupakan mesin vending tercanggih di dunia yang menawarkan pelbagai jenis kereta diidamkan pelanggan dengan hanya memasukkan syiling khas yang dikeluarkan syarikat terbabit.
5
Mesin itu mengandungi lima tingkat menara kaca yang boleh menampung 20 kereta pada satu-satu masa.
Pelanggan hanya perlu mendapatkan maklumat mengenai kereta yang ingin dibeli di laman web mereka, buat pembayaran dan kemudian mengambilnya di mesin tersebut sekaligus menjimatkan kos penghantaran kenderaan. 
4
3
0 Komentar untuk "WOW! HEBAT,CANGGIH !!!! Mesin Pembelian Kereta Yang Pertama Di Dunia"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info