Powered by Blogger.

Saksikan Video Lelaki Ukraine Terjun Dari Kereta Api Kerana Bosan

Namun, itulah perkara biasa bagi Sasha Shapik untuk menghilangkan rasa bosannya pada  musim luruh yang sejuk sekarang.
Lelaki yang berasal dari Ukraine itu telah membuat keputusan untuk melompat dari atas kereta api ke dalam sungai Dnipro yang sejuk di Kiev.
Ukrainian-kills-his-boredom-by-jumping-off-the-train-from-80-foot-bridge1__880
Sasha Shapik bersama peminatnya di Ukraine.
Sasha yang juga merupakan seorang selebriti Youtube dan terkenal di negara itu sememangnya sering melakukan perkara-perkara ekstreme sedemikian untuk menghiburkan orang ramai.
Mula berjinak-jinak dengan aktiviti lasak dan berbahaya seperti itu sejak tahun 2000 dan kini memiliki lebih 2 juta langganan di laman Youtube miliknya.
Kerjaya lelaki berusia 28 tahun itu juga mendapat sokongan padu daripada ibubapa dan isterinya serta videonya melompat dari kereta api itu telah ditonton lebih 300 ribu kali sejak ia dimuat naik di Youtube miliknya.
0 Komentar untuk "Saksikan Video Lelaki Ukraine Terjun Dari Kereta Api Kerana Bosan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info