LONDON – Secara tidak sedar, insiden serangan berdarah terburuk oleh kumpulan pengganas di ibu kota Perancis, Paris yang mengorbankan 129 orang itu kebetulan berlaku pada hari Jumaat malam 13 November 2015.
Bagi masyarakat Eropah, angka 13 adalah nombor sial tetapi Jumaat pula adalah hari yang dianggap keramat. Maka gabungan Jumaat 13 hari bulan atau disebut Friday the 13th ada banyak pantang untuk hal-hal tertentu.
Ternyata hari Jumaat pada 13 bulan ini adalah Friday the 13th yang ketiga dalam tahun 2015 selepas yang pertama telah jatuh pada 13 Februari manakala Friday the 13th kali yang kedua pula jatuh pada tarikh 13 Mac lalu.
Tahun 2015 memang muncul tiga kali Friday the 13th. Namun bukan tahun ini sahaja ‘tiga Jumaat keramat’ muncul tahun yang sama kerana sebelumnya, juga sudah ada Friday the 13th iaitu pada 1981, 1984 dan 1987.
“Kemudian ia muncul lagi pada tahun 2009 dan 2012. Malah 3 hari Jumaat keramat akan datang lagi dijangka berlaku pada 2037, 2040 dan 2043,” kata pakar akademik Universiti Delaware di Amerika Syarikat, Tom Fernsler.
Beliau yang mempelajari angka 13 selama puluhan tahun mendakwa, Friday the 13thtelah dianggap sebagai hari sial selama berabad-abad. Bilakah tarikh dan hari itu mula dianggap sebagai celaka tidak pula diketahui tepat.
Rekod sejarah mencatatkan ia mungkin pada awalnya dipopularkan oleh Kapten William Fowler pada akhir tahun 1800-an. Ketika itu kapten ini menganggap angka 13 selalu menjejaskan kehidupan sehariannya secara kebetulan.
0 Komentar untuk "Misteri!! Barat Masih Anggap Sial Jumaat 13 Hari Bulan"