1. Jangan makan makanan pada jumlah yang terlalu banyak. Perut yang terlalu penuh akan lemahkan batin anda secara mendadak. Batin seseorang akan lebih kuat jika perutnya lebih banyak lapar daripada kenyang.
2. Banyakkan makan makanan yang mengandungi zink. Zink boleh meningkatkan kualiti sel darah merry anda. Sel darah merah yang sihat memastikan sistem reproduksi berjalan dengan baik. Secara tidak langsung, tenaga batin anda juga akan kuat. Contoh makanan yang mengandungi zink adalah sayur asparagus, brokoli dan daun saleri.
3. Banyakkan makan buah–buahan segar. Antara buah–buahan yang baik untuk menguatkan tenaga batin adalah buah pisang, buah epal dan buah anggur.
4. Jangan ambil makanan segera seperti ayam KFC, McD dan mi segera secara kerap kerana makanan segera mengandungi banyak karbohidrat tidak elok di mana ia akan melemahkan tenaga batin anda.
5. Setiap hari anda ambil vitamin C, minum susu dan protein. Ketiga–tiga gabungan ini boleh menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya meningkatkan tenaga batin anda. Untuk sumber protein, anda boleh ambilnya daripada daging ikan segar, daging ayam atau telur.
6. Hadkan mengambil daging merah sebagai makanan utama. Daging merah seperti daging lembu akan meningkatkan nafsu tidak elok di mana ia akan menyukarkan diri anda untuk mengawal tenaga batin. Tenaga batin anda akan bertambah kuat jika anda ada kesedaran untuk mengawalnya.
0 Komentar untuk "PETUA MENGAMBIL MAKANAN UNTUK TENAGA BATIN."