Powered by Blogger.

Tahniah Kepada Bomba Sabah' Gagalkan Cubaan Bunuh Diri Di Hotel'

SEPASUKAN bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 5 sebuah hotel Kota Kinabalu, hari ini.
Lelaki dipercayai warga Filipina itu, diselamatkan selepas hampir sejam setengah berada di dinding balkoni Sky Hotel di Karamunsing.
Insiden dirakam oleh orang awam yang kemudian memuatnaik ke YouTube.
Menerusi rakaman berdurasi 1.24 saat, lelaki yang cuba menghabiskan riwayat sendiri itu dilihat menjerit dalam Bahasa Inggeris dan Tagalog dengan nada marah.
Melihat kedatangan bomba dia cuba melarikan diri sebelum hampir terjatuh, namun kecekapan pihak bomba membuatkan lelaki itu berjaya ditarik sekaligus menyelamatkannya daripada ‘berkecai’ di tanah.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Afendi mengesahkan lelaki itu diselamatkan pada pukul 9.07 pagi.
Tahniah kepada pasukan Bomba dan Penyelamat kerana begitu cekap mengawal keadaan dan menyelamatkan mangsa.
Sumber: Jabatan Bomba dan Keselamatan Sabah
0 Komentar untuk " Tahniah Kepada Bomba Sabah' Gagalkan Cubaan Bunuh Diri Di Hotel'"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info