Powered by Blogger.

BERJAYA!! Star Wars The Force Awakens Cipta Rekod Pecah Panggung

FILEM fenomena, Star Wars The Force Awakens, berjaya memecahkan rekod dunia selepas mengutip AS$528 juta (RM2.26 bilion) pada tayangan pembukaan minggu pertamanya, minggu lepas. Jangkaan awal bahawa filem ini tidak mampu mengatasi rekod kutipan yang dibuat filem Jurassic Worldternyata meleset..

Sebelum selesai tayangan minggu pertama, filem ini dijangka tak mampu meraih kutipan lebih dari AS$517 juta (RM2.22 bilion) namun fenomena luar biasa telah menjadikan rekod kutipan tertinggi AS$524.9 juta (RM2.25) milik filem Jurassic World kini jatuh ke tangga 2.
Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger berkata, “Kutipan ini mengagumkan kerana negara China masih belum menayangkan filem ini, saya harus katakan jumlah kutipan adalah lebih tinggi berbanding apa yang kita ramalkan.”

Baca: Negara China Masih Belum Izin Tayangkan Filem Star Wars

Lebih menarik, Star Wars The Force Awakens dilaporkan terpilih dalam senarai 10 filem yang akan bersaing bagi kategori kesan khas terbaik di anugerah Oscar, bersaing dengan Ant Man, Ex Machina, Tomorrowland, The Walk, The Martian, Mad Max: Fury Roaddan The Revenant.
Walau bagaimanapun, senarai akhir pencalonan bagi kategori ini hanya akan diketahui pada 14 Januari depan.
Sumber: M Star 
0 Komentar untuk "BERJAYA!! Star Wars The Force Awakens Cipta Rekod Pecah Panggung"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info