Powered by Blogger.

Insiden Tembakan Di California ‘Agenda Pengganas’ – FBI

SAN BERNARDINO: SUSULAN kejadian tembak menembak yang mengorbankan 14 nyawa pada Rabu lalu di California, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyifatkan ianya sebagai ‘perbuatan pengganas’.
Menurut sumber, penyerang wanita berkenaan dipercayai sudah mengangkat ikrar taat setia kepada seorang pemimpin kumpulan militan Islam (IS).
Kedua-dua penembak, Tashfeen Malik, 27, warga Pakistan yang menetap di Arab Saudi dan Syed Rizwan Farook, 28, merupakan warga AS telah ditembak mati oleh pihak polis beberapa jam setelah pasangan berkenaan menyerang sebuah majlis keraian di pusat khidmat sosial bandar tersebut.
“Berdasarkan maklumat dan fakta yang diketahui setakat ini, kami menyiasat kejadian serangan ini sebagai tindakan keganasan,” kata David Bowdich selaku penolong pengarah FBI cawangan Los Angeles.
Tambahnya lagi, mereka mengambil kira persediaan yang dilakukan pasangan tersebut dengan mengambil kira sejumlah besar senjata dan peluru yang digunakan dan bukti yang mereka cuba memusnahkan jejak digital mereka.
Ianya merupakan petunjuk utama pihak siasatan dan berdasarkan bahan bukti ternyata ianya lebih menjurus kepada tindakan pengganas.
Menurut hasil siasatan setakat ini, penyerang dikatakan mempunyai dua raifal, dua pistol separa-automatik, 6,100 butir peluru dan 12 bom paip yang ditemui di rumah mereka.
Sekiranya benar peristiwa ini disebabkan oleh pihak pengganas, ianya merupakan insiden terburuk selepas kejadian 11 September.
0 Komentar untuk "Insiden Tembakan Di California ‘Agenda Pengganas’ – FBI"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info